Teh Tarik Surabaya
Bosan juga asyik cerita Jakarta. Ini kali, cerita Surabaya
By IsmaharIsmail
Kalau dah nama nya travel, kenalah merata. takkan setempat ja. Balik balik Jakarta. Kan? A
Kali ini buat pertama kali aku nak cerita makan makan di Surabaya. memang terbaik. Tapi betul betul sebab aku nak cerita ni adalah kerana Teh Tarik. Dekat seluruh Indonesia, susah nak cari kedai Mamak. Maknanya nak cari teh tarik susah la sikit.
Kalau korang tengok video Jakarta aku sebelum ni pun aku tak pernah sebut minuman kegemaran aku ni. Kali ini aku baru nak mula cerita Teh Tarik di Surabaya.
Cakap nak Teh Tarik. Teh nya kental!
Basically kedai ni adalah kedai mamak yang asli dari Johor, Malaysia. Dia buka cawangan di Surabaya. Setakat ini yang pasti cawangan restoran. Cawangan keluarga, aku tak pasti. Ada beberapa cawangan juga di Surabaya. So kalau waze atau google map cari ASSALAM atau AS SALAM atau assalamualaikum hahahaha.
By the way, segala rempah mak nenek memang dia bawa dari Malaysia. Dekat indonesia, kurang power. Ini info dari Manager yang uruskan semua kedai AsSALAM di Surabaya ni.
Semoga kalau ada rakyat Malaysia yang rindukan aku, eh I mean masakan malaysia bila di Surabaya, can try out this!
Antara video Jakarta yang korang kene tengok!
See you in next post. Much Love!