Tahun Baru 2020

By IsmaharIsmail

Selamat TInggal dan Terima Kasih 2019

SELAMAT DATANG 2020

Aku ucapkan selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun yang baru ini dapat memberi perubahan yang lebih baik kepada diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Aku melihat anjakan kepada tahun yang baru ini bukanlah kepada azam semata mata. Kebetulan, abang sepupu aku pun nama dia azam. So tak heran hahaha.

Jadi untuk dekad yang baru ini, kita cuba berbual di luar konteks. 
Terutamanya bagi yang baru bermula.

Bagi yang  

  1. Baru Kahwin
  2. Baru Dapat Anak
  3. Baru Merasa anak Sekolah
  4. Bagi yang baru mula belajar
  5. Bagi yang baru mula bekerja atau berniaga
2 perkara ni kena utamakan bagi kemajuan diri.

2 perkara yang perlu disemat dalam diri bagi tahun yang baru

Pertama: Belajar Ilmu & Skil baru. Atau mantapkan skil sedia ada.

Tak kisah la kamu anak, ibu bapa, pekerja atau peniaga, mencari ilmu ini adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Lebih banyak ilmu, lebih banyak bidang boleh diceburi. Biarpun bukan bidang utama, sekurangnya akan dapat membantu sambil sambil.

Boleh bermula dengan suka suka atau sambil sambil supaya kerja atau tanggungjawab hakiki tidak tertanggu.
Boleh jadi menjahit, boleh jadi juga menjual online atau boleh jadi sekadar memasak. Ini boleh jadi suatu yang baru di mana mulanya kekok, kelamaan bakal mentok.

Setelah itu, dari kebiasaan dengan ilmu yang baru ini, secara perlahan, bakal menjadi minat dan pakar seterusnya boleh di monetise.

Monetise atau Pengewangan ini adalah dimana skil atau servis korang tadi boleh di duitkan atau dijual kepada yang memerlukan. Sekarang ni terlalu banyak platform yang boleh guna antaranya Shopee, Kaodim atau nak senang lagi, guna aja Facebook atau Instagram.

Macam aku, aku ni kira next level la. hahaha. aku buat web sendiri, ecommerce sendiri. Tujuan utama…

  1. Branding to create trust
  2. Promote my Pro services
  3. Jual barang online (Pre loved)
Korang boleh tengok kat sini www.ismahar.my

Aku guna 2 tips yang aku share ni lah untuk mencapai portal dan ecommerce aku ni.

 

Kedua: Deadline & Hustle
Bila bercakap tentang belajar skil baru, mantap dan aplikasikan skil baru, kena belajar dan faham tentang Deadline. Timeline saja tidak cukup. Yang banyak sangat timeline ni lah yang buat kita sesat untuk buat kerja last minit.

Berbeza dengan Deadline, kita akan tahu bila kita kena deliver. Ingatan kita atau objektif kita adalah DELIVER! Maka kita akan tahu dan boleh estimate tempoh masa dan bahagi ikut kesesuaian. Kesesuaian, bukan timeline ya.

Dari dealine ini, maka lahirlah apa yang kita panggil hustle! Kalau tak hustle, nescaya tidak akan berjaya. Zaman ini menjadi Bos dalam masa sama menjadi suami dan bapa, dalam keadaan lainnya perlu respon dan jaga customer, itu adalah biasa. Anda perlu bersedia, kalau ini cara hidup pilihan baru anda. 

Aku ambil contoh macam aku sendiri, buat video di Youtube, Instagram atau Facebook. Buat masa ini, tidak lah aku kata aku berjaya, tapi itu tadi…belajar benda baru. Untuk mencapai tahap boleh merekod, upload dan promo, masa ini korang akan faham Deadline & Hustle. Bila tercapai lah kepada suatu milestone eg Subscriber dan View bertambah, masa ni akan rasa PUAS! Subscribe la channel aku sikit! 😀

Monetise belum lagi la. Kena sabar sikit. aku pun masih belajar.

Kekadang tu aku just rasa fun buat video with family and anak anak aku. Terutamanya bila mereka gembira tengok video diorang. Mak diorang pun suka. Of course tak semua la. Sebab buat video, bagi aku la, kena ada mood juga. Mood takda, edit ala kadar je la.

Ini video family yg aku buat

  • Tengok Ni -> https://youtu.be/KXxZ3fPsERE
  • Ini Juga -> https://youtu.be/IDgHN4QoLSY
  • Jangan Lupa ini -> https://youtu.be/V-JtO1fgByI

Aku harap korang baca dan faham. Ikut ke tak tu perkara ke dua. Kalau tak iktu tahun ini, mungkin tahun depan. Yang penting ada usaha untuk menambah baik diri. Semoga bermanfaat.

Why So Serious!

See you in next post. Much Love!

Spread the word

Ismahar

Ismahar

I'm Ismahar. Here my other side of story!

Leave a Replay

About Me

I’m Ismahar Ismail
An Entrepreneur, A Content Creator and Business Traveller.

Recent Posts

Follow Me

Weekly Video

Sign up for our Newsletter

Enter your email and click SEND