By IsmaharIsmail

Selamat Jalan Dr Maszlee!

SELAMAT DATANG Menteri Pendidikan yang baru.

Aku dah tau, korang dah tau? Kalau belum tahu biar aku bagitau. Macam mana aku tau, kebetulan aku memang rapat dengan Maszlee. Aku merupakan follower dia di Twitter 😀

Ada beberapa sebab yang kita dapat bayangkan kenapa Maszlee letak jawatan. Kalau korang pernah dengar atau terbaca tentang Video Seks Sandakan…percayalah itu bukan dia. Atau kalau korang pernah dengar pemimpin cuba merangkul remaja lelaki sambil membisikkan “I want to fxxk you” itu juga bukan dia. Tiada sebab untuk beliau letak jawatan kerana 2 perkara di atas.

Yang pasti…ini yang aku nak cerita ni, antara perkara atau isu yang timbul sepanjang menjadi Menteri pendidikan dan memungkinkan perletakan jawatan ini adalah

1. Kasut Putih ke Kasut Hitam
Ini ramai sedia maklum. Bukan isunya pertukaran yang dicadangkan tetapi perubahan yang begini simple, harus menteri yang fikir. Tambahan ada mindset rakyat yang diracun oleh pihak yang ambil kesempatan.

2. Kuota Matrikulasi dan Bahasa Mandarin
Kenyataan beliau berkenaan Kuota Matrikulasi dan perbandingan Bahasa Mandarin di dalam mencari pekerjaan menjadi parah bila ditekan dan dihentam secara bersama oleh Parti politik seperti MCA, Gerakan dan DAP. Menokok sedih, tekanan beliau kurang mendapat sokongan dan serapan dari ahli parti yang lain. Begitu juga pembangkang yang kurang proaktif sebaliknya mengenyam popcorn semata.

 

5 sebab Maszlee letak jawatan

3. ISU Penggunaan Jawi di Sekolah
Maaf cakap, ini adalah isu paling bodoh dan buang masa untuk rakyat Malaysia debatkan. Apa yang menteri buat, hanyalah melaksanakan apa yang termaktub di dalam perlembagaan. Beliau didesak dan dihentam bersendiri di dalam isu ini. Mereka yang dari MCA, DAP, Gerakan tidak puas menghemburkan tidak puas hati kepada Maszlee. Paling sakit untuk di kunyah ketap adalah Gerakan Berterusan oleh NGO Racist Dong Zong (TUN said, not me) Macam biasa, pembangkang yang ada pun tak buat apa juga sedangkan baik untuk rakyat dan negara. Yang baik SOKONG lah!

4. Sekolah 1 Aliran
Dalam hal ini, Maszlee menerima tekanan yang cukup kuat. baik dari dalam mahupun luar. Sampaikan ada tuntutan di mahkamah bagi mengharamkan sekolah vernakular ini dan mewujudkan Sekolah 1 aliran. Selari dengan Sekolah Wawasan yang pernah dicadang Tun suatu masa dahulu. Ini pun ditentang Dong Zong.

5. TEKANAN
Dari ucapan terakhir beliau sebagai Menteri, beliau berterima kasih kepada Tun di atas peluang diberikan untuk memikul tugas yang tidak pernah dia sangka. Boleh jadi beliau juga belum bersedia. Kehidupan sebagai pensyarah lebih mewah dengan masa dan keluarga tanpa tentangan. Namun bila jadi menteri, hampir semua ditentang. 

Tapi apa yang lebih penting dan kita harus belajar dari perletakan jawatan Menteri Pendidikan ini adalah beliau telah membuat pilihan beliau dan serah kembali kepada Tun dan tidak kepada Timbalan untuk memangku.

Korang nak barang murah?  Gi siniwww.ismahar.my

Ini video politik yg aku buat

  • Tengok Ni -> https://youtu.be/1IrTc5mY6Qw
Apapun, sebab sebenar beliau letak jawatan hanya beliau dan Tun yang tahu. Kita, kau dan aku sebagai rakyat hanya bisa membayangkan sebab nya sahaja. macam yang aku buat ni.

Semoga Tun membuat pilihan yang tepat. Andai dicadang Anwar Ibrahim atau Mahfus Omar, sebaiknya Tun aja lah yang memangku. Risau pulak aku. kiki

Why So Serious!

See you in next post. Much Love!

Spread the word

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Salam. I'm here